Zie nak kongsi tentang Omega Guard terutamanya untuk ibu mengandung. Omega Guard Shaklee mengandungi omega 3 yang sangat bagus untuk ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. Omega 3 adalah asid lemak yang perlu diambil dari sumber luar kerana badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3. Daripada sayur-sayuran, omega 3 boleh didapati dari sumber kekacang, legum dan minyak sayuran. Namun, omega 3 daripada sumber ikan adalah yang terbaik kerana kaya dengan DHA dan EPA.
EPA pula menyokong kesihatan jantung, sistem pertahanan badan dan sistem tindak balas keradangan. Manakala DHA penting untuk menyokong kesihatan dan perkembangan otak, mata sistem saraf utama dalam badan. Dengan ini, omega 3 sangat bagus diamalkan oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
Mengapa Omega 3 PENTING Untuk Ibu Mengandung?
Tahukah ibu-ibu Omega 3 penting untuk perkembangan penglihatan dan saraf bayi di dalam kandungan. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengamalkan omega 3 didapati perkembangan visual dan kognitif bayi adalah sangat baik. Kajian juga menunjukkan pengambilan omega 3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan risiko alergi pada bayi.
Selain itu, omega 3 dapat mengelakkan masalah kelahiran bayi pramatang. Omega 3 juga dapat mengurangkan risiko berlakunya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung). Omega 3 juga dapat mengelakkan kelahiran bayi tak cukup berat. Kajian juga menunjukkan kekurangan omega 3 meningkatkan risiko tekanan atau stress bagi ibu yang baru lepas bersalin.
Kajian juga menunjukkan pengambilan omega 3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan bayi yang dilahirkan mendapat ekzema. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 700 wanita mengandung yang mengamalkan supplement omega 3 menunjukkan kejadian ekzema bagi bayi berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Kajian ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 6 tahun bagi melihat kebaikan supplement omega 3.
Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Menyusu
Susu ibu adalah sumber utama DHA bagi bayi yang sedang menyusu. Amaun DHA di dalam susu ibu bergantung kepada sumber diet ibu tersebut. Kebiasaannya ikan adalah sumber utama DHA dalam diet seseorang. Sekiranya seseorang ibu menyusu kurang mengambil ikan di dalam diet sehariannya, adalah sangat disarankan ibu tersebut untuk mengambil supplement omega 3.
Ibu menyusu yang mengamalkan supplement omega 3 membolehkan bayi yang disusukan mendapat kebaikan omega 3 juga. American Pregnancy Association menyarankan ibu menyusu mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Omega 3 membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang disusukan.
Ternyata omega 3 memainkan peranan yang sangat penting bagi ibu mengandung dan menyusukan anak.
Pengedar Sah Shaklee (ID 1112709)
Nazirah bt Amiruddin
Nazirah bt Amiruddin
012-6127166(call/whatsapp/sms)
nazirah.amiruddin@gmail.com (email)
COD Klang/Shah Alam/Subang
No comments:
Post a Comment